BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan..


Assalamualaikum

nak share sikit 8 kelebihan Bulan Ramadhan..

Bismillah..



1.Dibelenggu para syaitan dan jin. Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali. “ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup. Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga. Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga. Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun) Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

#########################################

Walaupun sedih dek banyak dugaan tidak putus- putus kebelakangan ni..

tapi ku kuatkan jua menghadapi..

Terima kasih Ramadhan kerana menjelma.. membuatkan aku tersedar dari kefanaan dunia. Dan lebih bersemangat untuk hidup..

Wallahu a'lam..


Friday, July 1, 2011

Cawan Cinta



Tiada Tuhan Melainkan Allah

Dan Muhammad itu Pesuruh Allah..


Cawan Cinta

Telah beredar cawan cinta

Di tangan para kekasih

Semakin memabuk cinta...

Kondisi demi kondisi

Aku berkata: Wahai tuanku

Maukah kau menerimaku

Paduka berkata: Anakku

jika engkau lepaskan nafsu

Aku berkata: YaTitahmu ku semat di hati

Namun yang mulia

Keadaanku lemah kasihani

Aku banyak berdosa

Amalpun papa

Di sisimu tiada harga

Engkau sebuah damba

Mengingatmu bagiku cinta

Mencintaimu itu modalku

Aku mabuk dalam cinta

Semoga itu kekal bagiku

[Naskhah Tambahan dalam Qasidah Asal:

Alangkah bazirnya hari-hari,

Dengan banyak bicara tanpa henti,

Sedangkan jika tujuanku benar dalam mencari (Allah),

Seharusnya aku tinggalkan kesibukan lain yang mencemari.

Subur cintaku pada kalian,

Al-Haq saksi kebenaran perasaan.]

Mencintamu tiada cela

Celapun halal bagiku

Andaipun aku mulia

Lagi luhur yang di sisimu


دارت كؤوس الغرام

دارت كؤوس الغرام # ما بين الموالي

فزادتهم اصطلام # حالاً على حال

قلت لهم ياكرام # هل ترضوا بحالي

فقالوا لي يا غلام # إذا كنت خالي

فقلت لهم نعم # قولكم في بالي

ولكنَّ ياكرام # أشفقوا من حالي

إني كثير الآلام # ضعيف الأعمال

بالنسبة لكم عدم # جعلتكم فالي

ذكركم لي مدام # وحبكم مالي

إن لي فيكم هيام # ليته يبقى لي

(فيا ضيعة الأيام # في القيل والقال

لو كنتُ من أهل المرام # لضيّعتْ أشغالي

وهمت بكم هيام # والحق يصغى لي)

في حبكم لا ملام # واللوم حلى لي

فإن كان لي مقام # عندكُمُ عالي

(Diriwayatkan daripada Akhina Muhammad Naim)

Klik Sini

Syukran buat Syeikh ..

Jasamu Tetap ku kenang..

Insya Allah.. ilmu-ilmu yang Syeikh dan Syeikh yang lain,saya akan manfaatkan dengan sebaiknya..

Semoga Allah memberkati Kalian..


Ya Allah

Ya Rahman

Ya Rahim...


Wallahu alam..

Link


Saturday, June 11, 2011

Macam2 Zaman Sekarang ni kan?

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Selamat pagi dan salam 1 Malaysia.. (ceh~apasal saya ni)
memangla saya x de kerja nak buat pagi2 ni..
tapi..entahla..rasa macam nak menaip..jadi,menaip jela.. (padahal kerja lain menimbun) hehe

ehem2..ni sebenarnya nak bercerita nih~
cerita benar ni..jangan maen2~

Pada suatu petang yang indah dan menakutkan..
jeng3..
hehe..

saya rasa nak pergi masjid, nak ikut bapak solat kat sana..
jadi mintak izinla kan dengan mak..
mak kasila saya pergi..tetapi..mak pesan kat saya..jangan keluar tau..duk je kat dalam masjid tu..bacalah Qur'an..kat luar tu macam2 boleh jadi.. (lebih kurang camtula)
saya pon dalam hati..i.Allah.. saya ni kan suka duk luar..tengok pemandangan..sebab tulah mak saya cakap tu..hehe

Al-kisah..dekat masjid..
lepas solat Maghrib..ada seorang wanita berjilbab membawa seorang anak yang kecil dan comel yang agak2 dalam setahun ke 2 tahun ke lebih kecil dari itu..(saya bukan tahu sangat pun.. :)
memandang saya dengan penuh perasaan..

ade pape ke kat saya ni..pandang semacam je..
saya senyum kepadanya..dia membalas senyuman itu..

tak lama lepas tu..dia dengan penuh sopan santunnya duduk di hadapan saya..
"adik..emmm..saya nak minta pertolongan adik..ada ustaz yang bawa saya kat sini..sebelum ni.. dia ada urusan..tapi..sekarang..ustaz tu dah pergi..saya tidak ada wang nak balik ke kampung saya..
"Ya Allah..maafla akak..saya x de wang"
tanpa dia menghabiskan kata-katanya..saya TERmenyampuk..
dalam hati dah fikir..buat apa saya nak bawak wang kat masjid ni..lagipun..saya ni masih pelajar sek.men..tapi..kesian akak ni..dahla bawak anak..
"emm...maafla akak..cuba akak mintak orang lain.."
"akak segan.."

emm..nak buat macam mana..saya bukan x nak tolong..tapi x boleh nak tolong..
lepas habis baca Qur'an..saya keluar masjid melihat akak itu..
sempat berkenalan dengannya dan anaknya..
sembang-sembang..saya masuk balik ke masjid..
tiba-tiba!!!

perempuan tu betul ke nak duit..ntah2..die ^&*%
kalau betul2 dia nak..kenapa segan dengan orang lain..macam die dah penah mintak..
"astaghfirullah..apa yang aku fikir sekarang ni.."
adakah itu hasutan syaitan atau.. firasat saya yang selalu betul tu.. (itu maen2 je :D)
saya kembali membaca Qur'an..x tenang..kenapa?kenapa?kenapa???

saya berhenti membaca..dan mula memandang ke tepi..
wanita itu..wanita itu..
memanggil saya kembali..

aik dia ni..lain macam je..

"akak dah mintak dengan orang lain..tapi semua x nak..yang ada kat akak sekarang ni.. RM13..akak perlu 30 lagi untuk pergi ke Terengganu..

Ya Allah..serba salah la plak..
"kejap ye akak ea.."
saya menuju ke tempat sembahyang lelaki..mintak pertolongan bapak la~
sambil berjalan..

kenapa die mengharapkan saya..setahu saya..orang yang meminta tidak akan mengharapkan orang sebegitu sekali..
Astaghfirullah..ape ni..ape ni..

sampai ke tempat lelaki..tengokla tempat bapak saya..

macam mana ni..jauh sangat la plak..aish~
x kanla saya akan..
huh...

3 minit berlalu~

argghh..
kena jumpa jugak..walaupun..

"assalamualaikum.."
"waalaikumussalam..
"boleh panggilkan bapa saya kat sane..
"kat mane ye..?"
"sane tu.."

{saya menegur satu-satunya lelaki yang perasan saya ada kat situ..
memang die dari jauh perasan..
baru die nak pasang laptop..} (apasal cite pasal die ni)

ish..die ni..panggil je la..orang da tunjuk arah..

lelaki tu panggil bapak lepas tu..
sebaik x lepas apa yang terfikir kat fikiran tadi..
(maaf la yer..saya jenis yang baran siket~hehe)

pastu bapak jumpa saye..
"kenapa panggil bapa"
"bapak..emm..ade orang mintak 30..err..
"ouh..yang kurus2 tu ea??"
"a'a.."

bapak menunjukkan characternya..dan semuanya betul.
aik..bapak ni..da kenal ke die?

"die penah jmpa mak dulu..macam2 die tanye..bapak pun penah kasi duit kat die.."

Ya Allah..biaq betul..perempuan tu...huh~

akhir sekali..saya berjumpa dengannye dan mengatakn yang saya betul2 x de duit..
bagaikan berat die mengatakan.."x pe2"

saya masuk ke dalam masjid kembali..
x lama lepas itu..saye keluar..dan..
die dah x de..

dalam hati da fikir da..
perempuan tu!..

habis~x best kan saye cerita..saya memang camni..dalam hati dah buat ayat macam2 dah~
tapi..bile nak menaip..lintang pukang..sebab tula karangan saye :(

tapikan..sebenarnye nak cite ni pun bukan sebab ape..
cume nak sampaikan kat sume orang tentang hikmah dan pengajaran di setiap apa yang kite lalui..(walaupun x de orang yang membaca)

tidak salah untuk membantu orang lain..malah ianya digalakkan..ye..semestinye..
tetapi..janganlah mengambil kesempatan di atas pertolongan yang TERingin menghulurkan..
bersikap jujurlah di dalam setiap tindakan atau percakapan..
ingat..duit ni sementara..tetapi..akhirat, itu yang selamanye..fikir2 kanlah..

P/S: kalau..kalau je ada yang membaca entri ni..saya ingin menanyakan..
adakah salah untuk menanya beberapa perkara kepada orang yang tibe2 meminta kita untuk menyumbang terutamanya di shopping mall? kerana saya ade mendengar pendapat..itu tidak penting..yang penting kita hulurkan bantuan,
tapi..agak runsing la.. saya tak tau nak cakap macam mane..
diharap..dapat membantu kerunsingan saya ni..

Assalamualaikum..

Wallahu a'lam..

Thursday, June 9, 2011

Hadiah2..

Bismillah..
Assalamualaikum..

cerita lagi..
cerita lagi..
bacalah cerita ini.. :)

********************************

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.
****

*********************************

macam2.. huhu..

Wallahu a'lam..

Friday, May 20, 2011

Awak..

Bismillah..

Assalamualaikum..Link

Erm..artikel ni saya ambik dari blog akak saya..Kak Aishah

Artikel ni telah dihantar ke iluv.islam..dan telah diterima [nape saya cakap bende ni]

saje je nak share..Link saya rasa fenomena ini banyak berlaku pada remaja2 sekarang..

Sila2 bace... ^^

**************************

"Cantik baju awak malam ni..."

"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."

"Awak, malam ni malam apa ye ?"

"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"

"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."

"Oh,awak... Saya nak cakap sesuatu la malam ni."

"Apa dia? Cakap je la."

"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu ?"

"Dah lapuk cerita tu... Abaikan je la."

"Awak, kita orang Islam kan?"

"Yeah, for sure la..."

"Kita ni Islam atas nama je, kan?"

"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni?"

"Saya takut la awak... Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"

"Isy... stop talking nonsense la."

"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"

"So?"

"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."

"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"

"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni."

"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."

"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari. Awak, saya takut wak..."

"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."

"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."

"Awak ni dah mengarut ni..."

"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."

"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"

"Kita clash! Itu yang terbaik wak."

"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"

"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."

"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."

"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."

"Dah, jom balik."

"Takpela awak, saya balik sendiri."

"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."

Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Dia.

Malangnya, tidak lagi bernyawa.

Dijemput malaikat terlebih dahulu.

Maka, tiada lagi peluang baginya.

Tiada lagi sesalan baginya.

Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.

Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.

.......

"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."

"Awak..."

"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"

"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"

"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."

"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."

**********************************

klik sini dan sini.. ^^

Wallahu a'lam..

Sunday, May 8, 2011

Harta Pusaka Nenek


Assalamualaikum..


Bismillah..

Petang yang terik bertukar mendung..
Jom baca cerita pendek hari ni.. :)

**************************************

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."


Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"


Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"



P/s: berFB boleh..tapi tak payahla camni *-*

************************************
Saje je post ni..
Terima kasih pak cik Blog~ ^^

Wallahu a'lam..