BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Sunday, July 4, 2010

Kimia Kebahagiaan



Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir.
Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cinta kepada Allah dalam hati manusia,
dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.

Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini.
Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya.
Kalau pun tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.

Sebenarnya mengetahui Cinta Ilahi ini bukanlah satu perkara yang senang sehingga ada satu golongan orang bijak pandai ugama yang langsung menafikan cinta kepada Allah atau Cinta Ilahi itu.
Mereka tidak percaya manusia boleh Mencintai Allah Subhanahuwa Taala kerana Allah itu bukanlah sejenis dengan manusia.
Kata mereka; maksud Cinta Ilahi itu adalah semata-mata tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.

Sebenarnya mereka yang berpendapat demikian itu adalah orang yang tidak tahu apakah hakikatnya ugama itu.

Semua orang Islam bersetuju bahawa cinta kepada Allah (cinta Allah) itu adalah satu tugas.
Allah ada berfirman berkenaan dengan orang-orang mukmin;

"Allah Cinta kepada mereka dan mereka Cinta kepada Allah".

Nabi pernah bersabda;

"Belum sempurna imam seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain".

Apabila malaikat maut datang hendak mengambil nyawa Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata,
"Pernahkah engkau melihat sahabat mengambil nyawa sahabat?" Allah berfirman, "Pernahkah engkau melihat sahabat tidak mahu melihat sahabatnya?
"Kemudian Nabi Ibrahim berkata, "Wahai Izrail! Ambillah nyawaku!"

Doa ini diajar oleh Nabi kepada sahabatnya;

"Ya Allah,kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu,dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu,dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."

Hasan Basri ada berkata;

"Orang yang kenal Allah akan Mencintai Allah,dan orang yang mengenal dunia akan benci kepada dunia itu".

Sekarang marilah kita bincangkan pula berkenaan keadaan cinta itu.
Bolehlah ditaarifkan bahawa cinta itu adalah kecenderungan kepada sesuatu yang seronok atau nyaman.
Ini nyata sekali pada dari yang lima (pancaindera) iaitu tiap-tiap satunya mencintai apa yang memberi keseronakkan atau kepuasan kepadanya.
Mata cinta kepada bentuk-bentuk yang indah.
Telinga cinta kepada bunyi-bunyinya yang merdu, dan sebagainya.
Inilah jenis cinta yang kita ada dan binatang pun ada.

Tetapi ada dari yang keenam atau keupayaan pandangan yang terletak dalam hati,dan ini tidak ada pada binatang.
Dengan melalui inilah kita mengenal keindahan dan keagungan keruhanian.
Oleh itu,mereka yang terpengaruh dengan kehendak-kehendak jasmaniah dan kedunian saja tidak dapat mengerti apa yang dimaksudkan oleh Nabi apabila baginda berkata bahawa baginda cinta kepada sembahyang melebihi dari cintanya kepada perempuan dan bau harum wangi,meskipun perempuan dan wangi-wanginya itu disukai juga oleh baginda.
Tetapi siapa yang mata batinnya terbuka untuk melihat keindahan dan kesempurnaan Ilahi akan memandang rendah kepada semua perkara-perkara yang zahir walau bagaimanapun cantiknya sekalipun.

Orang yang memandang zhohir saja akan berkata bahawa kecantikan itu terletak pada warna kulit yang putih dan merah,
kaki dan tangan yang eloknya dan lawa bentuknya dan sebagainya lagi,
tetapi orang ini buta kepada kecantikan akhlak,seperi apa yang dikatakan orang bahawa seseorang itu mempunyai sifat-sifat akhlak yang "indah".
Tetapi bagi mereka yang mempunyai pandangan batin dapat mencintai orang-orang besar yang telah kembali kealam baka,
seperti Khalifah Umar dan Abu Bakar misalnya,
kerana kedua-dua orang besar ini mempunyai sifat-sifat yang agong dan mulia, meskipun badan mereka telah hancur menjadi tanah.
Cinta seperti ini bukan memandang kepada sifat-sifat zahir sahaja, tetapi memandang kepada sifat-sifat batin.
Bahkan apabila kita hendak menimbulkan cinta dalam hati kanak-kanak terhadap seseorang, maka kita tidak memperihalkan keindahan bentuk zhohirnya, dan lain-lain, tetapi kita perihalkan keindahan-keindahan batinnya.

Apabila kita gunakan perinsip ini terhadap cinta kepada Allah, maka kita akan dapati bahawa Dia sajalah sepatutnya kita Cinta. Mereka yang tidak Mencintai Allah itu ialah kerana mereka tidak Mengenal Allah itu. Apa sahaja yang kita cinta kepada seseorang itu, kita cintai kerana itu adalah bayangan Allah. Kerana inilah kita cinta kepada Muhammad (S.A.W) kerana baginda adalah Rasul dan kekasih Allah; dan cinta kepada orang-orang alim dan orang-orang warak itu adalah sebenarnya cinta kepada Allah.

Dipetik dari kimia al-ghazali



Wallahu a'lam

0 comments: