BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Benci

dalam banyak-banyak manusia,

dua orang yang boleh buat hati aku keras,
sekeras-kerasnya.

Allah,
hati aku baru tenang, 
tiba-tiba muncul pulak orang tu.

macam mana ye, nak hilangkan rasa benci ni, tak elok sungguh untuk kesihatan.
ye, hati pun kena sihat woo.

dia tak benci kita pon (kut),
tapi kita yang overdose. Allah, tak boleh sungguh la,
tengok muka dia,hatta dia komen sekalipun, aku tak boleh baca
bukan dengki, dengki lain, ni.. Astaghfirullah

kata-kata dia memang.. aku rasa macam.. *ketap bibir
dari dulu sampai sekarang.. haih, nak cerita, tak boleh. tapi memang.. dia.. tak tahula kenapa dia suka cari masalah. dengan aku pulak tu.. 

Allah, jauhkanlah, jauhkanlah.
jauhkan aku dari sifat ni. 

husnuzzon beela, husnuzzon. jangan benci, tak elok, tak sopan, tak baik..

pernah aku baca, untuk membina hubungan yang baik dengan manusia adalah dengan bersangka baik dengannya. dan itu yang paling rendah. manakala itsar iaitu mendahulukan orang lain sebelum dirinya adalah peringkat tertinggi. 

Allah juga berfirman maksudnya 

"Wahai orang2 beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa.."

muhasabah balik, sayang. semoga aku dan kau, serta kita mendapat rahmat dan petunjuk olehNya

dan. dan. doakan aku (dan dia) moga hati ini lembut menerimanya. sebagai kawan. 

Tuesday, June 18, 2013

..

it's just..

ujian,

dugaan,

cabaran,

dan..

penilaian.

sabare, syukure.

Allah damping dengan kita. insyaAllah.


"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." [Al-Baqarah: 286]

kita boleh hadapi. 
fighting!

Wallahu a'lam.

jom jadi soleh!

Wednesday, March 27, 2013

.

taubat.


sebelum terlambat.


wallahu a'lam.

Saturday, January 12, 2013

Erk.

assalamualaikum. *lambai*

nak tahu sesuatu tak? walau macam mana pun kita nafikan yang kehidupan membosankan, sebenarnya, ia memang membosankan. heh. kadang-kadang la. bila tiada tarbiyah, tiada mujahadah. dan. tiada ukhuwwah.

aku lagi bosan dari budak ni. o.0

percakapan, penulisan, boleh menipu. boleh membuat helah.

tapi.

hati dan perasaan? kita tak boleh menipu mereka. tak boleh.

bila kehidupan yang bersyariat tidak dijalankan, maka tiadalah kebahagiaan yang diperolehi.

hari ini. aku gatal-gatal masuk bilik abang aku. Ghazie. ye, ghazie.

aku cakap.

"bosan."

sepi.

"takde kawan, memang bosan kan?"

"mestilah." dia jawab.

aku tanya dia.

nak test dia kejap.

"kalau ade boyfriend, mesti tak bosan kan? mesti best kan? sentiasa text. hidup gembira je.."

lol. geli aku cakap.

"heh. dorang tak gembira sebenarnye. luaran memang nampak gembira, tapi dalaman, langsung tak."

senyap.

*mencerna fikiran*

...................

memang couple membahagiakan.

*muntah*

memang tak akan bosan. tapi, kita tak sedar. betapa kosongnya hati kita bila asyik duk pikeq pasai awek. ape? fikir dapat pahala ke fikir2 tu? kau fikir tu isteri kau ke nak dapat pahala-pahala bagai. ok. emo.

nak tahu? di sebalik kegembiraan kita yang tak terhingga tu, ade satu perasaan yang paling dalam, paling. dalam! perasaan resah. resah dengan apa yang kita lakukan. dan resah itu, hanya orang tertentu je yang akan rasa. iaitu orang beriman.

tolong.

tolong sangat-sangat.

jangan isi kebosanan dengan mencari teman hidup yang tidak halal. bukan haiwan tak halal, manusia yang belum halal untuk dibuat teman bahagia forever and ever. ceh.

aku nak cakap sesuatu.

sebenarnya, ade banyak cara nak isi kebosanan.

salah satu caranya, macam sekarang ni lah, buat entri.

ade banyak lagi. tak payah nak list lah kan. kita pon dah tahu. cuma, kita saja je buat tak tahu tentang cara2 halal ni, nak cari cara haram jugak.

taubat.

sebelum terlambat.

ok. tak tahu nak buat ayat. otak dah kering.

act, aku nak cakap, saat ini, aku rindu sangat lah kat kawan-kawan. aku harap dorang camtu jugak. hho, tali ukhuwwah tidak akan putus.

wallahu a'lam.


Saturday, December 22, 2012

Pengorbanan

'tapi, saya sayang kawan2 saya'


'sayang, tak semestinya kita perlu berdamping dengan mereka'

'mana boleh pa..'

'kawan-kawan ade kehidupan sendiri, kamu pun ade kehidupan sendiri, jangan kerana sayang, kamu hidup dengan kehidupan mereka..'


....................................

suka duka, asam garam, manis gula ujian .. fitrah kehidupan. segalanya akan menjadi kenangan yang indah bagi mereka yang menjalaninya BERSAMA. bersama? ye.. bersama. bersama kawan,rakan dan sahabat. terlalu banyak kenangan yang dicipta sehingga kita akan addicted utk cipta lebih banyak lagi memori. kalau cakap tak gembira tu, menipu la..

tapi, takkanlah sentiasa bersama. makan,minum, ni takpe la, tapi hatta nak pergi tandas pun sentiasa bersama. aih, susah la. salah konsep di situ. 

memang. kerna sayang sangat, kita akan buat apa saja untuk dia. tapi, bukan selamanya kita perlu bersama dia. kau ada kehidupan sendiri, dia ada kehidupan sendiri, ejampel, ali nak belajar kat mesir, abu nak stay kat malaysia. abu tak perlu untuk ambil keputusan untuk pergi ke mesir. kalau hati dia sukakan malaysia. just tetap dengan pilihan. selagi pilihan tu tak bertentang dengan syarak, yakin je kat Allah. kadang-kadang pengorbanan tu penting. tapi, yang penting jangan memudaratkan diri. kalau mak beli ayam, makan ayam tu, jangan sebab kita suka ikan, kita tak sentuh makanan sebab takde ikan. kene berkorban dengan makan ayam untuk tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan. bukan berkorban tak makan apa-apa sebab takdenye ikan.

dalam membuat pilihan dan pengorbanan, ade dua keadaan. setakat yang aku tahu.

1) pilihan dalam ibadah/amalan etc
  
 pilih yang Allah suka dulu, baru tengok apa yang kita suka. nak contoh? korang dah sedia maklum kan .... tapi..., aku tetap nak kasi contoh. Abu suka solat SUNAT. satu masa, mak abu panggil dia. dia kene berhentikan solat dia walaupun dia tak suka sebab Allah lebih suka menjawab panggilan ibu dari meneruskan solat SUNATnya. put Allah first.

2) pilihan dalam kalangan manusia.

my opinion, pilih apa yang kita suka, baru orang lain. selagi tak mendatangkan mudarat, kita still dengan kehendak diri. cuma, kadang-kadang, orang lain lebih tahu dari kita tentang diri sendiri. so,ambil opinion dorang, senaraikan baik buruk, buat pilihan. dan paling penting, berbalik kepada keadaan pertama. ask Allah sebelum terjah kepada kesimpulan.


manusia. kehidupan berbeza-beza. kita just saling membantu, saling menguatkan. dan ada certain tu, saling melengkapkan. ceh.

dan pengorbanan. fikir habis-habisan sampai terbakar fikiran , jangan menghanguskan. berkorbanlah untuk kebaikan. dan jangan memudaratkan.

persahabatan.ukhuwwah.usrah. sangatlah indah. jaga sebaiknya. bila saatnya perlu berpisah. redha lah. sayang macam mana pun, hidup kita, tanggungjawab kita, dakwah kita.. tetap jalan. move on. don't regret. 
apabila dua orang bertemu dan berpisah kerana Allah, tidak akan ada resah di dalam hati mereka. walau jasad jauh bagai langit dan bumi sekalipun, doa akan senantiasa keluar dari hati dan bibir antaranya.

tibe-tibe. tibe-tibe. aku teringat kata-katanya, Matluthfi.

"sebenarnya ada beza pengorbanan dan kebodohan.."

aku fikir lama pasal ayat ni. kadang-kadang macam hantuk kat kepala sendiri.

anyway, live the life. =)


Wallahu a'lam.

*ilovemyfriendtilljannah*




Monday, August 6, 2012

Lifeless?

Assalamualaikum~ ^^

sekian lama aku meninggalkan blog ini.. seringkali ternampak tikus2 dan spider berlari2 dan membuat sarang di sini.. hebat bukan? -,-"

anyway, terima kasih siapa yang sudi follow blog ni.. aku hargai.. dan siapa yang baca blog ni.. aku hargai juga.. tak kisahla ade orang bace ke tak.. aku akan terus ...... (please fill in the blank. thank you)..

sebenarnya.. tak tahu nak taip apa.. tapi,, aku cuba eh.. cuba....cuba..

sedang ku terbaca status2 twitter yang bermacam2 bunyi.. aku ade terserempak.. terserempak? dengan satu status.. nak tahu ape?

Kalau internet rosak. Takpa. Handphone ada. Kalau handphone buat hal. Takpa. Television still ada. Kalau Tv rosak. Lifeless.

tak tahu nak buat ape dah anak2 ni..
lifeless? mengapakah? musykil di situ.. mengapa terlalu difikirkan teknologi itu semua.. ye..memang la penting.. nak buat assignment la, job la.. itu dan ini.. tapi kebanyakan manusia ni termasuk diri yang hina ni suka guna teknologi ni dengan tujuan suka2.. tahu tak suka2? nak hilangkan bosan.. nak jadikan inspirasi lah konon.. dan apabila teknologi tu lesap sekejap. terus. zero.. hidup dah takde makna.. macam tu..? come on..! itu semua inspirasi yang banyak datangkan khayalan..

ada satu fakta nak beritahu.. games, movies, drama, music.. itu semua anda minat kan? tak semua tapi mostly.. tapi.. pernah ke kita rase puas dengan bende tu..? aku jawabkan. tak. ikut pengalaman aku.. jawapannya tak. sangat membosankan.. dan aku terjumpa satu rahsia.. kenapa aku rasa perasaan bosan tu.. ini semua disebabkan.. jauh dari Allah.. hati tak tenang, hidup rasa bosan.. itu semua sebab hidup kurang berlandakan syariat Allah.. lifeless kan kalau Allah tak hadir dalam ingatan kita?

Hiasi hidupmu dengan mengingati Allah..
jadi.., aku ade cara macam mana kita nak buat hidup kita ade life.. first, banyakkan zikir, secondly, baca AL-QURAN.. al quran itu penting.. warkah cinta dari Allah kepada hamba-hambaNya.. sweet kan? kadang2 tertanya2 kenapa manusia terlalu menagih cinta manusia sedangkan cinta Allah hanya di depan mata? thirdly, buat semua perkara hanya kerana Allah.. simple bukan? hidup kita terus disinari nur kebahagiaan dan ketenangan walau dugaan datang sekalipun..

so.. lifeless sebab takde tv? fikir-fikirkan balik.. :)

Hidup lebih bermakna dengan ajaran Islam..
aku rase.. post ni macam.. macam lah.. sesuai dengan video ni.. watch itu up!



sesungguhnya tiada istilah bosan dalam kehidupan.. kerana tanggungjwab kita banyak di dunia..

peringatan buat diri dan pembaca..

Wallahu a'lam.. Assalamualaikum..

Sunday, June 3, 2012

Ku Lihat..

Assalam alaik~


petang yang menenenangkan.. setenang hati yang agak berombak ini..   -,-
heh. semalam aku baru balik! hehe, balik apekah? dari manekah? nak tahu dari mane? dari HIJAU la.. Alhamdulillah, best + gembira + meriah = hilang tension. huh. walaupon terpaksa jalan kaki sejauh 5 batu.. ( 5 batu tu jauh mane? -.- ) , dengan muka yang PUTIH sangat ni.. ku gagahkan jua kaki yang masih dalam proses untuk sembuh ni untuk sampai kat Stadium Darul Aman tercinta.. heh. serius jauh kitorang jalan. copcop. aku pergi dengan sape? aku pergi dengan parent tercinta lah.. mase tengah jalan tu, mengadu jap kat mak.. 'mak,penat dah ni..' .. bapak dengan muke hensemnye celah.. 'aik?orang muda jalan jauh siket dah penat? bapak dah tua pon boleh kuat lagi..' erk. speechless. senyum tak perlu kata apa2.


akhirnya, setelah berpuluh2 minit kitorang jalan ( puluh ke? (".) , sampai jugak kat sane.. dalam hati.. wah! ramainye! hijaunye! rase macam nak lompat2 je.. tapi tu dalaman je la.. luaran.. muka tetap cool+relaks. hah~ petang tu, Ustaz Azhar Idrus berceramahla.. best, kelakar.. siape tak kenal ustaz tu kan? :)) , but..unfortunately.. aku kadang faham tak faham.. loghatnye kuat sangat.. aku ni pon bukan orang terengganu.. takpelah.. asal faham siket pon jadila.. dorang gelak ustaz buat kelakar, aku tetap dengan muke blurr aku ni.. ohh, tak kesahla.

hijau kan? *this photos not mine.*
****************

seusai solat fardhu dan solat hajat.. tibalah saat yang mereka nantikan. cewah~ kata2 ucapan plus semangat dan macam2 lagi dari tokoh pas, wakil artis.. kak aisyah tu.~ ruby muallaf dari sarawak pon ade.. best die cakap.. die ade cakap iban, cina.. hmm.. faham jugakla ape yang die cakap.. -.- semua orang pon syiok je dengar.. (betul.xtipu) .. sambil dorang berucap, belia2 yang berjiwa besar ni memeriahkan lagi himpunan hijau ni.. bersorak, bertakbir, mengibarkan bendera2 hijau.. paling best.. anak muda ni main2 ombak.. bestkan? aku rase mcm nak join je.. takpe.. Allah kate ape? Allah kate SABAR~ :) jap. lupe seseorang~ sasterawan negara kita pon ade berucap.. "generasi yang gagah" ,tulah sajaknya.. hebat2.. tergamam pon ade~

11.00 p.m, kene balik dah.. sedih sebab balik awal.. rase macam nak stay je kat sane sampai pukul 12. heh.. ape2pon.. kat sane.. paling bestla..xpernah rase gembira macam tu.. banyak pengalaman terkumpul.

first: kasut cantek kene lumpur dan lecak . ^^
second: first time solat kat trek . :D
third: tak amik gambar sebab fon terlupa nak bawak . -.- (terimas for the charger)
forth: pergi sana macam pergi merentas desa . (exercise2)
fifth: mencergaskan minda (serius)
sixth: now, I can smile. thank you~ :)

satu lagi,, hehe.. aku ade jumpe seorang jejaka.. cehwah~ ustaz kita.. emm..ape name ustaz tu.. me forget. oh no. (me?heh) maaf la ustaz,xperasan ade.. die yg tegor kite dulu.. ish2. segan. heh~
and lastly.. gambar akan diuplod insyaAllah.. aku gune fon mak aku amik gambar.. jadila..
but, tak berkesempatan nak uplod kat komp.. tunggu eh? haha GKK , macam ade orang bace je.. tak ape. kurang kesah. 

meriah bukan? :)
moga misi himpunan ini akan terlaksana. insya Allah .

#btw, my sahabat..bile nak update blog? saye waiting. ^__^
#saye pergi ipoh esok, insyaAllah.. sehari je.. mohon doa kalian. 
#suke lagu ni.. tenang jiwa.
#ade orang ke nak bace? takpe. kurang kesah. GKK
#sambungan tajuk post.. ku lihat..  HIJAU ~ :D

Wallahu a'lam.

Thursday, April 19, 2012

Kembara Ilmu


kembara ilmu selaut cahaya

milik Tuhan tiada bertepi

diselam tak jejak ke dasar

ditimba tak luak setitis


kembara misi lembah nurani

menakung titisan ilmu suluhan budi

resapan dari akal yang murni

untuk diuntai mutiara sufi

menjadi azimat menuju firdausi


lembah nurani fitrahnya suci

jangan ditinggal gersang

jangan dibiar hitam

gersang nurani kerana tiada ilmu

hitam nurani kerana dosa bertimbun


noda di hati melemahkan minda

kembara sufi terasa sukar

sesatlah di dalam pelayaran

hanyut tiada pedoman

akhirnya karam dalam kegagalan


Wallahu a'lam .


Monday, March 12, 2012

Be + ..

' argh ! ' Iffah menolak buku dari mejanya .

' Iffah, kenapa campak buku tu ? itu ilmu iffah .. ' tegur Izzah lembut .

' hei budak tak matang ! kau tahu tak aku stress sekarang ni ? kau jangan nak tazkirah dengan aku lak '

' astaghfirullah, Iffah, kenapa ni ? dulu Iffah tak macam ni pon'

' ni semua pasal korang la ! tak ade akhlak ke ? '

' saya masih tak faham . apa yang kami dah buat ? '

' hish kau ni , kau tak nampak keadaan sekeliling kau ke ? jerit sana , jerit sini , gedik sana , gatal sini , agama hilang ke mana . eh , aku tensyen tahu tak ? '

' bawak lah bersabar , mereka tu manusia jugak , lagipun , dorang baik la . kita .. '

' manusia tak manusia , xde otak ke ? yang kau tu .. memanjang buat keje kau sendiri , sekeliling semua tak nampak ' celah Iffah terburu ..

' Iffah .. semua manusia tak sempurna , kalau awak tak suka dengan sikap mereka , kenapa awak tak tegur diorang je ? dan satu lagi , kenapa awak yang tak suka sikap dorang buat ape yang dorang buat jugak ? .. '

' hei , budak ni, dah melampau .. kau nak kata aku gedik ke ? '

' sayang , saya tak habis cakap lagi .. lain kali jangan nak potong orang cakap .. awak tu , kene lah bersabar , jangan nak marah orang tak tentu .. macam tadi , kalau dorang nampak awak campak2 buku , ape persepsi dorang ? ape yang dorang buat nanti .. ntah2 , dorang pon nak campak2 jgk .. xpasal2 buat budaya .. '

' haha . kelakar la tu .. '

' awak kenelah tegur dorang, eh . bukan awak , kita .. kita sama-samalah buat perubahan .. kalau kita tunjukkan contoh yang baik , mungkin mereka juga buat perkara yang sama .. '

' err .. '

'Ingatlah , di mana pun kita berada , bawaklah iman dan islam di sisi , manfaatkan dan gunakanlah ia .. tak rugi .. jaga akhlak , bersihkan pemikiran .. insya Allah , Allah akan tolong kita .. mana tahu , suatu saat , kehidupan sekeliling kita akan berubah 360 darjah menjadi yang lebih baik .. '



think positive . k ? :)


Wallahu a'lam .

Saturday, February 25, 2012

Jawapan mudah ~


Kadang-kadang kita bosan dengan orang yang datang mengadu pada kita. Tapi kita kan 'good listener' lah sangat. Masalah lebih kurang je padahal.

Soalan panjang, jawapan pendek:

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-bunga..bercinta sblm kawin haram..bercinta selepas kawin..halal...pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini.

Jawapan: Bak no dia.

9. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas lik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.

10. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. ( cuz dah macam syirik lak )

11. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la..nak tegur pun agak-agaklah..tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! ( doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yg tak tutup aurat tu, bukan p redha je dengan kata2 dia )

12. Aduh! Mahal la plak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.


13. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih plak tetibe.

Jawapan: Nah ( bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran )

*termakan cili . -,-

14. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape ngn hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! ( bawak dia p ke masjid bersolat, dgr tazkirah dll..bukan bawak pi dangdut )

*termakan lagi . -_-

15. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku!

Jawapan : Tukarlah!

16. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?

Jawapan: Kembalilah (pada Allah). InsyaAllah, dapat.

Subhanallah ~

~Syabab Musafir Kasih ~

Wallahu a'lam ..

Monday, February 6, 2012

Cinta kita..


Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut!

Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!

Ya, semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.

Sebenarnya, bukan sahaja manusia dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.
Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.” (Al-Ahzab 56)

Bayangkan, tanpa Rasululah alam ini tidak akan diberkati. Kedatangannya adalah untuk memberi rahmat untuk alam ini. Alam itu gelap gelita, Rasulullah adalah penerang kepada penghuni-penghuni dunia. Kata bijak pandai, dunia tidak akan aman, selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak. Dan inilah misi utama kedatangan Rasulullah SAW yakni memberi rahmat kepada alam dengan berusaha memperbaiki akhlak manusia.

Firman Allah:
“Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam.”

Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

Tanpa Rasulullah tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. Ibu-bapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat. Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu.

Baginda berjuang bermula dengan seorang diri. Diseru kaum keluarga terdekat dan sahabat terapat. Daripada Siti Khadijah, kemudian Sayidina Ali serta Sayidina Abu Bakar… Sedikit demi sedikit. Dan 23 tahun kemudian, ada lebih 124,000 para sahabatnya yang bertebaran di Makkah, Madinah dan seluruh jaziratul Arab. Baginda rela kehilangan apa sahaja demi menyelamatkan umatnya daripada kejahilan dan kesyirikan. Daripada cacian, dihalau hinggalah ancaman bunuh – semuanya telah baginda lalui demi perjuangan yang suci.

Jika pada hari ini kita memuja pemimpin yang berjasa… maka siapakah pemimpin yang lebih besar jasanya daripada Rasulullah SAW? Bagindalah yang telah membebaskan kita daripada kesempitan hidup dunia untuk menikmati kelapangan hidup di akhirat. Baginda jualah yang membebaskan kita daripada penghambaan sesama manusia untuk menjadi hamba keoada Allah. Baginda yang mengeluarkan kita daripada ksempitan dunia untuk menuju kelapangan akhirat.

Soalnya, bagaimana kita memperingati jasa-jasanya itu?

Ya, kita mesti berselawat ke atas baginda. Kelebihan solawat telah banyak kita dengar. Namun apakah yang Allah swt benar-benar inginkan daripada selawat kita? Allah swt inginkan supaya hubungan kita dengan Rasulullah swt adalah berterusan. Oleh sebab itu kalimah, “Asyhaduallah ila ha illallah.”diikuti kemudiannya dengan kalimah “wa ashaduanna Muhammadar Rasulullah”. Apabila kita menyebut kalimah ini, rasakan diri kita adalah hamba Allah, lalu seterusnya perlu kita tanyakan bagaimanakah caranya hendak menjadi hamba Allah yang sebenar?

Lalu menyusul pengertian kalimah keduanya: “Wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah.” Iaitu dengan mencontohi Rasulullah saw. Bagindalah individu yang pada setiap masa merasakan dirinya hamba. Ketika menjadi seorang ayah, seorang jeneral, seorang Nabi, malah sebagai pemimpin, baginda tetap merasakan diri sebagai hamba kepada Tuhannya.

Bagaimana rasa diri hamba? Ya, umpama seorang hamba, tentu dirinya tidak layak melakukan sesuatu sesuka hati. Apa yang dilakukan mesti mengikut arahan majikan atau tuannya. Jadi dengan amalan selawat ini, kita berharap menjadi hamba Allah setiap masa,di setiap tempat dan setiap ketika. Maka dengan itu bererti hubungan kita dengan Rasulullah juga adalah hubungan yang berterusan. Sebab kita hendak jadikan Rasulullah ini sebagai teladan bagaimana menjadi hamba Allah sebenar pada setiap masa dan ketika.

Allah swt bukan sahaja menurunkan Islam dalam bentuk ilmu dan ilmiah. Dia juga turunkan Islam dalam bentuk amaliah atau praktiknya, yakni melalui Rasulullah. Jadi Al-Quran itulah dalam bentuk ilmu, Rasulullah itu pula mempraktikkan isi Al-Quran. Jadi inilah yang Siti Aisyah katakan, jika kamu ingin melihat Al-Quran hidup, maka tengoklah peribadi baginda dalam kehidupan seharian. Dan bagi kita umat Islam akhir zaman ini… tidak ada jalan lain untuk ‘melihat’ keperibadian Rasulullah selain melihat sejarah hidup Rasulullah SAW.

Peri pentingnya sirah Rasulullah, ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

“Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Kecintaan kepada nabi kamu, kecintaan kepada keluarga baginda dan membaca Al Quran.”

Justeru, generasi Salafussoleh begitu bersemangat mengajarkan anak-anak mereka tentang sirah Nabi Muhammad SAW sehingga diseiringkan dengan pengajaran Al quran. Sebab sirah merupakan penterjemah makna-makna Al Quran secara praktikal.

Imam Zainul Abidin bin Husin bin Ali RA berkata: “Kami mengetahui soal perang-perang Rasulullah SAW sebagaimana kami mengetahui surah-surah yang ada dalam Al Quran.”

Mudahkan mencintai atau mencontohi Rasulullah?

Kita tidak pernah berjumpa Rasulullah. Kita hanya mendengar kisah kehebatan iman dan akhlak baginda sejak di bangku sekolah. Jadi, bagaimana hendak

menyemai cinta kepada Nabi Muhammad SAW?

• Menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Apa yang telah disampaikan oleh rasulullah kita terima dan kita terus laksanakan. Semakin cepat kita menunaikan seruannya maka semakin bertambah kecintaan kita terhadapnya. Sayidina Ali misalnya, telah menerima seruan dakwah Rasulullah tanpa harus berbincang terlebih dahulu dengan sesiapapun, hatta ayah-ibunya sendiri.

Tidak ada gunanya mengaku cinta kalau tidak dibuktikan dengan perbuatan. Kata cinta, tetapi sunnah baginda kita cerca atau pinggirkan. Malangnya, inilah sikap kebanyakan umat Islam kini. Mengaku cinta, tetapi bergaul bebas, mendedahkan aurat, makan riba, minum arak, menipu, rasuah. Baginda sangat bencikan riba, tetapi ada dikalangan umat Islam yang masih mengamalkan riba.

• Mencintai apa yang dicintai Nabi.
Apa sahaja yang dicintai oleh nabi Muhammad SAW dari segi cara hidupnya – cara solat, puasa, mentadbir, menguruskan perniagaan, mengatur rumahtangga, makan, minum, pakaian sehingga cara baginda masuk tandas – akan kita teladani.

• Membenci siapa yang membenci nabi.
Siapa sahaja yang memperleceh-lecehkan kedudukan nabi Muhammad adalah musuh kita. Kita tidak akan berkawan apalagi bersahabat dengan mereka yang terang-terangan menghina nabi Muhammad SAW. Tidak kira mereka itu kaya, berkuasa atau ternama sekalipun. Siapa yang membenci Rasulullah itulah musuh kita.

Sebab itu umat Islam tidak akan berdiam diri sekiranya Nabi Muhammad diperlecehkan melalui lukisan, tulisan atau kata-kata.

• Menjaga hadis-hadis Nabi.
Maksud menjaga hadis di sini ialah dengan menghafaz dan mengamalkannya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Samurah bin Jundub RA bahawa dia berkata:
“Di zaman Nabi, aku adalah seorang anak kecil, namun aku turut pula menghafaz hadis dari baginda, sedangkan orang-orang di sekelilingku semuanya lebih tua dariku.”

Ibarat seorang yang sedang bercinta. Kebiasaannya seseorang itu akan mengikut atau menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya. Dia mesti mempunyai rasa suka atau cinta kepada orang itu.Kemudian rasa cinta itu dilahirkan dalam tindakan. Jadi cinta pada Rasulullah itu bukanlah semata-mata dengan kata, tetapi dengan tindakan. Oleh itu, dalam kehidupan ini, setiap tindakan mestilah menunjukkan kecintaan kepada Rasululah. Misalnya, acara mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah.

Majlis Aqiqah dan mencukur rambut diraikan ibu dan ayah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Ia adalah sunnah Rasulullah yang mulia. Ketika anak Rasulullah iaitu Fatimah az-Zahra melahirkan Hassan, Nabi pun berkata:

“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya. Kemudian bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya.”

Seorang ulama Syeikh Dahlawi Rahimullah mengulas tentang hadis di atas dengan katanya:

“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, Bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.”

Setelah ditimbang, berat rambut Hassan adalah sedirham. Sedirham itulah disedekahkan. Kita mungkin antara bayi-bayi kecil satu ketika dulu didendang dengan selawat dan marhaban. Jika anak itu lelaki, diberikan permulaan nama “Muhammad” – Muhammad Rasul, Muhammad Taufik, Muhammad… supaya mendapat keberkatan Allah swt. Lebih-lebih lagi ayah dan ibu mengimpikan anaknya nanti membesar dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw.

Sabda Rasulullah SAW:
“Namakanlah anak-anakmu dengan nama-nama para Nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan nama yang paling benar adalah Harith dan Hamman, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.”

Apabila anak lelaki sudah membesar, diadakan pula majlis berkhatan yang juga diiringi dengan selawat dan puji-pujian membesarkan Allah. Sesetengah masyarakat setempat mengadakan acara tambahan bagi meraikan atau menyemarakkan semangat kanak-kanak. Antaranya acara mandi beramai-ramai di sungai, berarak sambil didukung atas bahu bapa sendiri dan sebagainya. Semuanya dengan tujuan untuk menggembirakan hati anak-anak yang akan berkhatan.

Berkhitan sebenarnya satu perintah. Nabi saw pernah bersabda:

“Termasuk fitrah (kesucian) adalah berkumur, menghirup air ke dalam hidung (ketika berwuduk), mencukur misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan dan berkhitan.”

Apabila usia meningkat remaja, teringin pula berumahtangga. Majlis pernikahan diatur. Termeterailah ikatan janji untuk berkasih dan bercinta selama-lamanya dengan iringan syahadah dan selawat. Ketika itu, kedua-dua pengantin berharap dapat hidup sebagai suami isteri yang bahagia dan harmoni. Rasulullah SAW bersabda:
“Yang lebih utama lagi ialah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang solehah yang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya.”

Jika rumahtangga mencontohi rumahtangga Rasulullah, kehidupan akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Mahukah aku beritahukan sesuatu yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang? Iaitu isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya, dia membuatnya gembira jika ia memerintahkannya, dia mematuhi, dan jika dia pergi, maka dia akan selalu menjaganya.”
Sebaliknya jika kehidupan rumahtangga tidak dipandu iman, kehidupan bagaikan neraka dunia sebelum ke neraka sebenarnya.

Sehinggalah apabila kita mati, kita diajar bagaimana bertalkin di dalam bersolawat untuk Rasulullah. Terbuktilah setiap kehidupan kita dari sejak lahir sehingga kini mesti berhubung dengan Rasulullah saw. Oleh kerana itu jadikanlah berselawat itu teman dalam kehidupan kita.

Kelebihan bersolawat

Pengalaman kita, doa akan cepat dimakbulkan apabila kita memulai dengan berselawat. Kita akan dapat ketenangan hati. Menyebut nama orang soleh (dalam konteks ini Rasulullah SAW) akan mendatangkan rahmat. Dan yang paling penting ialah dengan bersolawat kita dapat keberkatan dan syafaat. Berselawat adalah sumber kepada syafaat.

Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:

• syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
• syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan
• syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.
• Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
• Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Selawat juga mengundang keberkatan hidup di dunia. Apabila kita menyebut nama orang-orang soleh, ia mendatangkan rahmat. Rahmat itulahkeberkatan… Bila ada keberkatan, insya-Allah akan ada kelebihan yang berterusan dan berkekalan.

Keberkatan yang sangat diharapkan ialah keberkatan dari segi rezeki. Kedua, dari segi umur kita, ketiga daripada usaha kita dan keempat, dari segi ilmu. Ini bermakna walaupun ada masanya kita hanya mendapat ‘sedikit’ tetapi dengan keberkatan, insya-Allah, yang sedikit itu adan mencukupi. Misalnya, umur walaupun pendek tapi banyak bakti dan jasanya. Inilah yang terjadi kepada Imam Nawawi, Imam Syafie dan Umar Ibn Aziz.

Jumlah kitab karangan Imam Nawawi misalnya, tidak sepadan dengan umurnya. Usianya hanya sekadar 40 an tetapi beliau sangat produktif. Begitu juga Umar Ibn Aziz, yang hanya sempat menjadi khalifah selama 2 tahun tetapi tempoh pendek itu dipenuhi dengan kecemerlangan yang tidak dapat ditandingi oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah yang lain. Inilah pentingnya mendapat ‘umur’ yang berkat.

Manakala ilmu yang berkat pula ialah ilmu yang mampu menyuluh kelemahan diri, menyuluh kebesaran Allah dan menambah amalan soleh kita. Rezki yang berkat pula akan menjadi sumber kekuatan untuk melaksanakan ketaatan, baik ketaatan kepada Allah mahupun khidmat sesama manusia.

Inilah peri pentingnya kita berselawat sebelum berdoa.Tanpa berselawat sekaligus putus hubungan dengan Allah. Bila hubungan kita putus dengan Allah, berbagai-bagai kesusahan akan berlaku. Yang paling kita takuti, hilang keberkatan dalam hidup. Ini akan menyebabkan rezeki kita walaupun banyak tetapi masih tidak cukup-cukup malah melalaikan kita pula.

Umur kita mungkin panjang tapi sayangnya sarat pula dengan dosa. Usaha kita mungkin banyak, tapi tidak dapat meraih kejayaan. Ilmu pun mungkin banyak, tapi menyebabkan kita lalai dan derhaka kepadaNya. Makin tinggi ilmu, semakin ego. Jadi, marilah kita banyak berselawat, justeru ia adalah sumber keberkatan dalam kehidupan!

Wallahu a'lam..

#via ustaz

Sunday, October 23, 2011

:)

zahir, batin, zahir, batin..
هو الله
?
tak faham..

#####################

suatu hari,,
aku akan mengenal apekah ertinya tasawwuf itu..
mungkin mengambil masa..tapi aku akan cuba curi masa itu !



* pejamkan matamu sejenak dan hilangkan kezahiran.. beinteraksilah dengan Allah..

special credit ~ Syeikhna, Kak Asma' & semua Ahbab.. syukran.. :)

Wallahu a'lam..

Friday, July 1, 2011

Cawan Cinta



Tiada Tuhan Melainkan Allah

Dan Muhammad itu Pesuruh Allah..


Cawan Cinta

Telah beredar cawan cinta

Di tangan para kekasih

Semakin memabuk cinta...

Kondisi demi kondisi

Aku berkata: Wahai tuanku

Maukah kau menerimaku

Paduka berkata: Anakku

jika engkau lepaskan nafsu

Aku berkata: YaTitahmu ku semat di hati

Namun yang mulia

Keadaanku lemah kasihani

Aku banyak berdosa

Amalpun papa

Di sisimu tiada harga

Engkau sebuah damba

Mengingatmu bagiku cinta

Mencintaimu itu modalku

Aku mabuk dalam cinta

Semoga itu kekal bagiku

[Naskhah Tambahan dalam Qasidah Asal:

Alangkah bazirnya hari-hari,

Dengan banyak bicara tanpa henti,

Sedangkan jika tujuanku benar dalam mencari (Allah),

Seharusnya aku tinggalkan kesibukan lain yang mencemari.

Subur cintaku pada kalian,

Al-Haq saksi kebenaran perasaan.]

Mencintamu tiada cela

Celapun halal bagiku

Andaipun aku mulia

Lagi luhur yang di sisimu


دارت كؤوس الغرام

دارت كؤوس الغرام # ما بين الموالي

فزادتهم اصطلام # حالاً على حال

قلت لهم ياكرام # هل ترضوا بحالي

فقالوا لي يا غلام # إذا كنت خالي

فقلت لهم نعم # قولكم في بالي

ولكنَّ ياكرام # أشفقوا من حالي

إني كثير الآلام # ضعيف الأعمال

بالنسبة لكم عدم # جعلتكم فالي

ذكركم لي مدام # وحبكم مالي

إن لي فيكم هيام # ليته يبقى لي

(فيا ضيعة الأيام # في القيل والقال

لو كنتُ من أهل المرام # لضيّعتْ أشغالي

وهمت بكم هيام # والحق يصغى لي)

في حبكم لا ملام # واللوم حلى لي

فإن كان لي مقام # عندكُمُ عالي

(Diriwayatkan daripada Akhina Muhammad Naim)

Klik Sini

Syukran buat Syeikh ..

Jasamu Tetap ku kenang..

Insya Allah.. ilmu-ilmu yang Syeikh dan Syeikh yang lain,saya akan manfaatkan dengan sebaiknya..

Semoga Allah memberkati Kalian..


Ya Allah

Ya Rahman

Ya Rahim...


Wallahu alam..

Link


Friday, May 20, 2011

Awak..

Bismillah..

Assalamualaikum..Link

Erm..artikel ni saya ambik dari blog akak saya..Kak Aishah

Artikel ni telah dihantar ke iluv.islam..dan telah diterima [nape saya cakap bende ni]

saje je nak share..Link saya rasa fenomena ini banyak berlaku pada remaja2 sekarang..

Sila2 bace... ^^

**************************

"Cantik baju awak malam ni..."

"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."

"Awak, malam ni malam apa ye ?"

"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"

"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."

"Oh,awak... Saya nak cakap sesuatu la malam ni."

"Apa dia? Cakap je la."

"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu ?"

"Dah lapuk cerita tu... Abaikan je la."

"Awak, kita orang Islam kan?"

"Yeah, for sure la..."

"Kita ni Islam atas nama je, kan?"

"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni?"

"Saya takut la awak... Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"

"Isy... stop talking nonsense la."

"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"

"So?"

"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."

"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"

"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni."

"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."

"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari. Awak, saya takut wak..."

"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."

"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."

"Awak ni dah mengarut ni..."

"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."

"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"

"Kita clash! Itu yang terbaik wak."

"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"

"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."

"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."

"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."

"Dah, jom balik."

"Takpela awak, saya balik sendiri."

"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."

Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Dia.

Malangnya, tidak lagi bernyawa.

Dijemput malaikat terlebih dahulu.

Maka, tiada lagi peluang baginya.

Tiada lagi sesalan baginya.

Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.

Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.

.......

"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."

"Awak..."

"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"

"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"

"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."

"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."

**********************************

klik sini dan sini.. ^^

Wallahu a'lam..

Wednesday, March 9, 2011

Segenggam Garam


Salam..

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.

"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya.

"Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda.

Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.



dicopy dr http://cerita-tauladan.blogspot.com/

Wallahu a'lam..

Saturday, February 19, 2011

Paderi & Pemuda ..


Salam..

ADA seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "

Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan 1 yang tiada 2nya, 2 yang tiada 3nya, 3 yang tiada 4nya, 4 yang tiada 5nya, 5 yang tiada 6nya, 6 yang tiada 7nya, 7 yang tiada 8nya, 8 yang tiada 9nya, 9 yang tiada 10 nya, sesuatu yang tidak lebih dari 10, 11 yang tiada 12nya, dua 12 yang tiada 13nya, 13 yang 14belasnya."


"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"


"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Basmalah dia berkata,
"

-1 yang tiada 2nya ialah Allah s.w.t..
-2 yang tiada 3nya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12). 3 yang tiada 4nya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -4 yang tiada 5nya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. - 5 yang tiada 6nya ialah Solat 5 waktu.

-6 yang tiada 7nya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.-7 yang tiada 8nya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). -8 yang tiada 9nya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-9 yang tiada 10nya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari 10 ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya 10 kali lipat." (Al-An'am: 160).-11 yang tiada 12nya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . -12 yang tiada 13nya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air." (Al-Baqarah: 60).

-13 yang tiada 14nya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 1) -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "

Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:9)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2 ).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang 5 waktu, 3 dikerjakan di malam hari dan 2 di siang hari."

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya? "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: 'Asyhadu An lah Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

-Kisah benar ini
diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet,
www.gesah.net

Wallahu a'lam..

Tuesday, January 18, 2011

Taubat Sahabat Nabi (Ikrimah Bin Abu Jahal)

Bismillah..



...bu Ishaw As-Ayabi’i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil menaklukkan kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!” Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: “Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?” Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?”

Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berhasil menaklukkan kota Makkah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya.”

Rasulullah SAW menjawab: “Dia akan berada dalam keadaan aman!” Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. Akhirnya dia berhasil menemukannya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!”

Ikrimah bertanya: “Apakah yang harus aku ikhlaskan?”

“Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan Allah!” Kata pengemudi kapal itu.

Ikrimah menjawab: “Tidak, jesteru aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu.”

Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW.”

Kepada isterinya Ikrimah bertanya: “Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?”

Isterinya menjawab: “Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu.”

Begitu saja mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: “Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim.”

Kepada isterinya Ikrimah berkata: “Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku.”

Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya.

Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata: “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”

Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan.”

Rasulullah SAW menjawab: “Ucapkanlah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ikrimah kembali bertanya: “Selepas itu apa lagi?” Rasulullah menjawab: “Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda bersabda: “Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya.”

Ikrimah berkata: “Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”

Maka Rasulullah SAW pun berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”

Mendengar doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: “Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun biaya yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.”

Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.

Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan: “Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!”

Ikrimah menjawab: “Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!”

Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah. Abdullah bin Mas’ud pula berkata: Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata: “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata: “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.” Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga. Amin.”

p/s:dcopy dari darulnuman.com

Wallahu a'lam..