BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

Pengorbanan

'tapi, saya sayang kawan2 saya'


'sayang, tak semestinya kita perlu berdamping dengan mereka'

'mana boleh pa..'

'kawan-kawan ade kehidupan sendiri, kamu pun ade kehidupan sendiri, jangan kerana sayang, kamu hidup dengan kehidupan mereka..'


....................................

suka duka, asam garam, manis gula ujian .. fitrah kehidupan. segalanya akan menjadi kenangan yang indah bagi mereka yang menjalaninya BERSAMA. bersama? ye.. bersama. bersama kawan,rakan dan sahabat. terlalu banyak kenangan yang dicipta sehingga kita akan addicted utk cipta lebih banyak lagi memori. kalau cakap tak gembira tu, menipu la..

tapi, takkanlah sentiasa bersama. makan,minum, ni takpe la, tapi hatta nak pergi tandas pun sentiasa bersama. aih, susah la. salah konsep di situ. 

memang. kerna sayang sangat, kita akan buat apa saja untuk dia. tapi, bukan selamanya kita perlu bersama dia. kau ada kehidupan sendiri, dia ada kehidupan sendiri, ejampel, ali nak belajar kat mesir, abu nak stay kat malaysia. abu tak perlu untuk ambil keputusan untuk pergi ke mesir. kalau hati dia sukakan malaysia. just tetap dengan pilihan. selagi pilihan tu tak bertentang dengan syarak, yakin je kat Allah. kadang-kadang pengorbanan tu penting. tapi, yang penting jangan memudaratkan diri. kalau mak beli ayam, makan ayam tu, jangan sebab kita suka ikan, kita tak sentuh makanan sebab takde ikan. kene berkorban dengan makan ayam untuk tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan. bukan berkorban tak makan apa-apa sebab takdenye ikan.

dalam membuat pilihan dan pengorbanan, ade dua keadaan. setakat yang aku tahu.

1) pilihan dalam ibadah/amalan etc
  
 pilih yang Allah suka dulu, baru tengok apa yang kita suka. nak contoh? korang dah sedia maklum kan .... tapi..., aku tetap nak kasi contoh. Abu suka solat SUNAT. satu masa, mak abu panggil dia. dia kene berhentikan solat dia walaupun dia tak suka sebab Allah lebih suka menjawab panggilan ibu dari meneruskan solat SUNATnya. put Allah first.

2) pilihan dalam kalangan manusia.

my opinion, pilih apa yang kita suka, baru orang lain. selagi tak mendatangkan mudarat, kita still dengan kehendak diri. cuma, kadang-kadang, orang lain lebih tahu dari kita tentang diri sendiri. so,ambil opinion dorang, senaraikan baik buruk, buat pilihan. dan paling penting, berbalik kepada keadaan pertama. ask Allah sebelum terjah kepada kesimpulan.


manusia. kehidupan berbeza-beza. kita just saling membantu, saling menguatkan. dan ada certain tu, saling melengkapkan. ceh.

dan pengorbanan. fikir habis-habisan sampai terbakar fikiran , jangan menghanguskan. berkorbanlah untuk kebaikan. dan jangan memudaratkan.

persahabatan.ukhuwwah.usrah. sangatlah indah. jaga sebaiknya. bila saatnya perlu berpisah. redha lah. sayang macam mana pun, hidup kita, tanggungjawab kita, dakwah kita.. tetap jalan. move on. don't regret. 
apabila dua orang bertemu dan berpisah kerana Allah, tidak akan ada resah di dalam hati mereka. walau jasad jauh bagai langit dan bumi sekalipun, doa akan senantiasa keluar dari hati dan bibir antaranya.

tibe-tibe. tibe-tibe. aku teringat kata-katanya, Matluthfi.

"sebenarnya ada beza pengorbanan dan kebodohan.."

aku fikir lama pasal ayat ni. kadang-kadang macam hantuk kat kepala sendiri.

anyway, live the life. =)


Wallahu a'lam.

*ilovemyfriendtilljannah*




Friday, November 2, 2012

EKSAM

Assalamualaikum dan Waalaikumussalam.


Peperiksaan. (tetibe..)


kenapa dengan peperiksaan? dia buat salah ke?
ohh. tak la..
ok, apa motif ni?

kebanyakan manusia yang saya kenal dan yang paling saya kenal, iaitu saya sendiri.. mengatakan bahawa peperiksaan itu menyusahkan, menyukarkan, menyahsenangkan dan menyahmudahkan.. betul tidak? BETUL KE TIDAK? (suka ayat tu. haha -.-) jawapannya ya, ia memang menyusahkan.. tapi sebenarnya tidak, sebab ia keperluan.

perasan tak, peperiksaan membawa kerajinan? ahha. perasan kan? cuba bayangkan.. kita takde peperiksaan.. aa, susahla cakap peperiksaan..exam la. sambung balik, takde exam..? heh~ semua orang terhuyung hayang, catch up? catch up masa kita belajar je la.. lepas habis belajar,, hilang balik.. nampak tak kat situ? nampak ape? nampak tak sia-sia kita belajar kalau takde exam.. certain orang je boleh amalkan apa yang dia belajar kalau takde exam.. kita ni.. AKU ni.. takde la nak cakap.. tapi serius la,, exam ni bagus kot.. banyak manfaat.. tak kesahla kita dapat ape.. tapi apa yang kita usaha sebelum exam.. cuma satu je la syarat kalau nak buat exam tu bermanfaat.. bukan satu, tapi dua.. simple je.. insyaAllah.. semua orang boleh buat..

first: niat kerana Allah. itu memang penting kan, semua benda kita buat kerana Allah..
second: fahamkan apa yang kita belajar, lagi bagus (memang bagus pon) kalau kita ingat apa yang cikgu ajar,   suara cikgu jangan main, kalau terngiang je, masuk qalbu, hati, liver.. semua masuk. sebab tu pentingnya kekhusyukan time cikgu ajar.. jangan lah malu2 nak bukak mata bila cikgu tengah ajar.. asyik tutup je.. dapat apa en? (pengalaman sape tah, tak tahu la~)

tu je syarat dia nak berjaya, kalau dah faham apa yang kita belajar.. itu dah cukup bagus.. exam, kalau teruk takpe, boleh ulang exam kan? heh, tapi.. kalau kehidupan kita teruk, boleh ulang ke kehidupan? lepas habis satu kehidupan kita, kita pergi ke kehidupan lain pulak.. tak boleh ulang dah..


pentingnya exam, sebab ia salah satu kaedah kita lebih memahami sekaligus mendalami pelajaran yang kita dah pelajari.. contoh, PSI.. kita amik psi fom 4 la.. ade tajuk haji kan? banyak kan tajuk dia.. and, of course lah banyak masuk exam, kita nak buat apa kalau nak dapat A psi? kita bacala semua tajuk.. termasuk haji.. tajuk tu susah nak faham kan.. kita baca dan baca kalau nak faham.. dan akhirnya..kita faham.. yey~ dan.. dan.. bila periksa, tajuk tu tak masuk.. yey~  =='
eh eh. takpela tak masuk.. kita nak apa sebenarnya. ilmu kan? kita dah faham satu ilmu.. bergembiralah. jangan sedih apa yang kita baca tu, tak masuk.. tapi sedihla kalau kita tak masuk syurga esok sebab takde ilmu..

konklusinya.. 
exam = ilmu 

katakan, saya suka exam.. ^^

di sini, saya nak ambik kesempatan kepada orang yang membaca.. (saya la tu kot)
kepada yang sudah mengambil exam, moga kalian success, especially, junior2 yang amik pmr.. dan..gud luck kepada candidates SPM and SMA . usaha, doa, tawakkal, insyaAllah berjaya.. dan ingat, Allah tak beri apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu. Akhir sekali, doakan saya dan kami.. berjaya. ^^


p/s: tajuk post: eksam = exam. -,-

Wallahu a'lam.

Saturday, April 28, 2012

Sejuknya Hati .. -.-

datang lagi bila saya boleh join . -.-
BALIK .


menurut kajian dari pakar saintis yang bakal menjadi guru sastera a.k.a nas , balik rumah bersebab ataupun bahasa saintifiknya ponteng sekolah ataupun asrama merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menggembirakan hati seseorang kerana .. ' rumah = ^_^ ' adakah pendapat ini disokong ? jika ya , maka tekan like di akhir post . jika tidak , sila add saya di fb . ( ok , tu gurau je )


akhir minggu ni patutnya eden tak balik rumah sebab ada kem 'adikku sayang' anjuran USIM kat BBST . kem tu dari petang jumaat sampai petang ahad , lamekan ? mesti best .. tapi unfortunately , eden tidak dapat menghodhirkan diri ke kem tersebut kerana keuzuran . T.T . seriously , aku sedih. .. sebab aku mane lah pernah pergi kem2 bagai . tapi ade jugaklah sekali dua kali, tapi aku nak pegi kali ni , bukan senang aku boleh join bende2 macam ni .. tapi nak buat macam mane kan , aku pasrah je la .. uhuk2 .


bukan aku popular tau kat sane , semua tanye aku ok ke tak. aigoo . ade yang kate syafakillah , ade yang kate aja2 , ada yang kate 'nabeela kuat , nabeela kuat !' ( terima kasihla nadiah ~ -.- ) ,ade yang banyak tanya , ada yang tolong , ada yang tu , ada yang ni .. cikgu , ketua warden , kawan , musuh ( lupekan ) , akak2 fasi , abang2 fasi .. semua ambil berat .. terima kasih banyak 2 , terharu pon ade jugak masuk dalam hati saya nih , tapi banyak kepada malu lah .. -.- ..


apa-apa pun , sepanjang saya mengikuti kem tersebut , walaupun sebentar kat sana , tapi satu perkara nak cakap . BEST . terima kasih sebab menaikkan semangat para pelajar di sana . ALL THE BEST IN BBST .


' Setiap perkara ada hikmahnya , be positive , Allah telah memberikan yang terbaik buat ku .. peace ~ :) '


#sekejap ayat skema , sekejap ayat otai , sekejap aku , sekejap saya , sekejap eden . pelik 2 la . -.-


ok2 . tu sebenarnye tak kait dengan tajuk post aku kali ini .
hati ku sejuk sesejuk ais . betul ke ? di sini saya mengatakan hatiku berlawanan dengan itu . kenapa ? nak tahu sebab ape ? ...


seorang manusia mengatakan ..
' politik itu bodoh '
ok ok , hati aku memang panas bila ade orang cakap mcm tu .. aku tahu , semua orang ade pendapat , tapi . bodoh sangat ke politik tu ? kau nak cakap kau tu tak berpolitik la ? ok ! silalah tidak berpolitik . nanti , bila negara kau hancur , kau salahkan diri kau sebab kau tidak berbantu ape2 pon dalam perkara tersebut . kau nak berdakwah ? silakan , itu memang aku tak halang . tapi , ANDAI , ade yang menghalang , kau jangan salahkan orang , sebab ape ? POLITIK . itu semua berkaitan dengan politik . keputusan di tangan anda .
ok , aku bukan marah semua orang yang tidak berpolitik . tapi please . jangan kata bende tu bodoh . jika nak tampilkan jugak , kau senaraikan asbabnya supaya orang lebih memahami apa yang nak disampaikan oleh kau . sebab , manusia mempunyai 1001 sangkaan terhadap satu perkataan negatif mahupun positif .


#aku bukan tak puas hati kat kau , aku cuma terkilan je . maaf . kalau kau terbaca post ni , walaupun aku tahu kau sibuk , mane tahu Allah izinkan buatkan hati kau tergerak untuk baca . maaf kalau salah cakap .


aku bersabar sekarang ni , kau ?
Wallahu a'lam .


*bila baca balik , emosi jugak aku ni , ouh tidak . lupekan .


"Sesiapa yang menganggap dia yang paling bijak , di adalah yang paling jahil di alam semesta ini .. muhasabah diri masing-masing wahai sahabatku ."  - ustaz syadiq .