BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Monday, November 28, 2011

Moh kita fikir2..

Assalamualaikum,,

*penaip mengucapkan terima kasih atas kebenaran yang diberikan oleh Ustaz Hilal Asyraf untuk disharekan..

Bismillah,,

Couple=cinta? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.

Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.

Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.

Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.

Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.

Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.

Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.

Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.

Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.

Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.

Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.

Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.

Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?

Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^

Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.

Siapa kata tiada? ^^

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Pernah dengar ayat macam ini?

Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

USAHA.

Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

Kalau pendam sahaja buat apa?

Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

Tawakkal Buta?

Jangan sekali.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

Cinta sebelum kahwin ada.

Dan.... Siapa kata couple=cinta?

Boleh tukar definisi tu semula. ^^

p/s : penaip menyarankan agar pembaca di bawah umur mengambil input ini sebagai persediaan sahaja, jangan kecik2 dah pandai mengungkapkan kata cinta terhadap ajnabi.. andai anda mahu kepadanya, berbincanglah dengan orang tuamu agar boleh disampaikan kepada orang tuanya.. ( kalau salah, harap dibetulkan )

Wallahu a'lam..

Thursday, November 17, 2011

comel comel~


hai comel~

saye comel
awak comel
kita comel
mereka comel

*hati saya pun tgh comel -,-

# ........ sengal

Tuesday, November 8, 2011

Change Your Paradigme.. NOW!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
:D

tatkala hati ini berasa kosong dan rasa macam invisible je bila aku pegang sesuatu bende..erk ?
sampai nugget pun boleh jatuh dari tangan aku yang gagah perkasa dek ke-invisible-an diri..
( nugget tu sikit pun tak makan lagi, dah rebah ke tanah ), memikirkan segala maslahah yang menampar diriku sendiri.. serta dosa yang membuatkan hati menjadi gundah gulana diikuti oleh mulut dan anggota2 lain yang sering berbuat salah..
aku akan membuka blog bersarang ni untuk melepaskan kekosongan hati ni..eh?

boleh tak kalau aku nak cakap pasal ikhtilat? ha? ikhlilat? apekah tu?
hmm..sebenarnya..aku pun tak tahu..heh..tapi ape yang aku tahu pasal bende ni adelah menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan.. jaga batas la lebih kurang.. emm..err..ape sebenarnya aku nak cakap nih? heh?

Akrasha: Salam..nak tanye ehem sesuatu boleh ?
Ehem: ape?
Akrasha: boleh tak kalau perempuan mesej dengan lelaki saje2?
Ehem: TAK, obviously la Kak Nabeela..
Akrasha: emm..
Ehem: kenape?
Akrasha: tapi kalau tak layan, dia terase..
Ehem: sanggup eh berdosa?

erk? sekarang ni aku yang terase.. dop tahu nak cakap ape lagi.. terdiam.terkedu.terkaku. semuanye bergabung menjadi satu.. alamak, apekah ini? layan..tak layan..layan..tak layan..
dan akhirnya aku bertekad! ( insya Allah ) , bukan layan, atau tidak layan.. tetapi.. layan ~
heh..maksudnye tak layan la.. ( mengapakah tu? -.- )

nak tahu tentang ikhtilat ? moh sini aku kasi eh.. ;)

####################################

Kawan-kawan yang dicintai kerana Allah sekalian. Jagalah hubungan anda dengan Allah juga dengan manusia. Sejantina mahupun tidak sejantina atau tiada jantina. Jagalah ikhtilat anda. Jangan pandang remeh terhadap perkara ini. Kerana perkara yang anda sangkakan kecil ini mampu merosakkan anda dan juga masa depan dan juga maruah anda.

Ada apa dengan ikhtilat?

Hubungan antara lelaki dan perempuan. Dalam islam, tiada urusan, haram untuk berhubung. HARAM. Itu yang aku belajar sejak kecil sampailah aku besar. Tapi setakat mana sebenarnya aku benar-benar faham? Dan setakat mana juga anda paham? Adakah setakat itu? Setakat bila nampak lelaki ala-ala korea, anda tunduk setunduk tunduknya sebab anda tak tahan melihat wajahnya yang ... yang .. subhanallah ! Juga adakah bila ada seorang wanita tudung labuh bersama niqab memanggil anda, wahai si teruna, anda kata pada diri anda, "Jangan, jangan, jangan pandang, astaghfirullah".

Tetapi .. bila anda di alam maya .....

Anda yang meletak gambar muka anda dengan di-edit membuangkan jerawat dan menampakkan anda lebih cerah.

Anda marah bercampur suka bila ada lelaki kata anda comel.

Dari marah-marah benci bercampur suka, anda berkenalan dengan lelaki itu.

Anda, si gadis yang menjaga auratnya di luar. Sedikit pun anda takut untuk dedahkan aurat anda.

Dia, si teruna yang tak sanggup memandang wanita dan lebih sanggup melanggar dinding untuk mengelakkan diri dari wanita.

Anda berkenalan dengan dia.

Syaitan menyaksikan.

Allah juga...SENTIASA menyaksikan anda.

Dari tiada apa, syaitan memujuk anda, "takpe, dia takkan ada perasaan nyaa kat kau, dia kan lelaki baik".

Menjadikan anda ada apa, nafsu anda membuak-buak.

Syaitan juga bisikkan pada si dia menampakkan yang hodoh menjadi cantik

Dari tiada, menjadi ada.

Mulalah si dia curi gambar anda untuk menjadi tatapan sebelum tidurnya.

Anda pula, sudah mula membayangkan cerita fantasi bersama dia.

Dari tiada, menjadi-jadi.

Anda rindu dia.

Dia rindu anda.

Anda sayang dia.

Dia sayang anda.

Syaitan tepuk-tepuk gembira.

Mungkin dah ada parti doa selamat untuk meneruskan rancangan jahatnya pada anda dan dia.

Mula bertukar-tukar nombor telefon.

Tanya, dah makan? Dah tidur? Dah mandi?

Mana pendirian anda dalam ikhtilat?

JIKA TIADA URUSAN ITU HARAM, BUKAN?

Anda kata, tak apa sebab takde lagi bab-bab lucah dan romen2.

Anda tetap anda.

Masih menutup aurat. Masih menghadirkan diri ke usrah seperti biasa.

Dia tetap dia.

Masih menundukkan pandangan. Masih terus berkobar-kobar untuk berjuang ke Palestin.

Tapi hati anda dan dia sudah kotor.

Anda terus menyampaikan dakwah tapi dalam masa yang sama anda berhubung dengan lelaki yang bukan halal untukmu.

Anda kata, tak apa, dia ada niat nak kahwin dengan anda.

Dia kata, lagi 7 tahun.

Jadi? Dalam tempoh itu, adakah anda dan dia dihalalkan untuk berhubung?

Eh, si teruna, kenapa kau tidak berani dan mahu terus berjumpa wali nya?

Mengapa mahu menjaja imannya dan imanmu sendiri?

Dengan alasan, mahu berkenalan sebelum kahwin?

Mana Allah ghoyatuna ?

Bila dakwah anda tidak menjadi, anda salahkan mutarabbi anda

Tapi anda lupa, dakwah itu takkan benar-benar berkesan,

jika si murabbi itu masih belum cukup bersih..


Astaghfirullah...

Anda teruskan . . . Anda fikir apa yang berlaku selepas itu . . .

Anda bijak untuk berfikir... tak perlu saya ulaskan..

Anda lupa. Allah tak memandang fizikal, tapi Allah memandang yang dalamnya. Apa guna wahai si gadis, kau cantik berpakaian tutup aurat tapi dalam hati kau ada nafsu yang kau tak boleh kawal? Mencantikkan yang luar itu sudah cukup susah. Tapi mencantikkan yang dalam memerlukan pengorbanan.

Jangan jadikan anda fitnah ! Anda wanita, anda budak usrah, dan lebih utama, anda orang beragama Islam.

##################################

erk, aku pun macam ni jugak ke?

Alhamdulillah, belum lagi terjadi kat aku.. dan sebelum ia terjadi..baik aku hentikan..

aku sarankan..moh la kita hentikan perbicaraan, bermesyuarahlah anda dengan sahabat2 mu sendiri..

jangan kerana engkau, aku hanyut dalam keindahan dan kemewahan dunia yang tidak menjanjikan kebahagiaan di akhirat nanti.. bunyi macam egois, sebab selalunya orang kasi ayat 'jangan kerana aku, kau..' , tapi aku sedar diri aku siapa, aku tahu selok belok kau yang suka memputar belitkan ayat yang sememangnya berbelit untuk membelitkan aku yang terbelit dalam agenda pembelitan mu..

jangan mencuba perkara yang membawa kemudaratan mu sendiri.. dan paling penting.. jangan menganggu pemikiran aku..

Astaghfirullah..

syukran ehem kerana menolong aku memberi kesedaran tentang ikhtilat ni..

sekali lagi terima kasih..

Bahriah Aisyah :)

dan tidak lupa juga.. Nur Najwa Husna, kerana melayan emosi aku yang rata-ratanya sukar ditafsirkan oleh manusia biasa.. biasa ? ntah, mungkin..emm..tak tahu.

p/s: ye, aku akan jaga ikhtilat ! Harap kau juga begitu.


Wallahu a'lam..