BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Friday, March 25, 2011

Bersabarlah..Allah Memahami Kita

Bimillah..



Assalamualaikum..

Anda gembira x hari ini?
gembirakan..
hoho..mendela saya mepek petang-petang ni kan??
tapi nak bagi tau sesuatu..
anda mesti ada perasaan sedih kan?mestilah ada..
banyak cabaran yang kita hadapi dan akan menghadapi kita.
jadi,macam mana kita selesaikan masalah ini?ataupun cane kita nak kawal perasaan sedih kita ni?
nangis?marah orang?pecahkan semua barang?saya masih x faham dengan perangai manusia (dan perasaan sendiri)
nape nak sedih? nape x terima apa yang dah terjadi?
nape nak tension sgt?dah itu yang terjadi..kita tak boleh ubah semua tu..apa yang kita boleh buat ialah membina semula keyakinan diri,berusaha untuk menjadikan diri kita yang terbaik..
jadikan hari esok lebih baik dari hari ini.

jika semua orang x faham dengan perasaan kita,such as time kita sedih tu,orang di sekeliling kita semuanya bergembira,bergelak ketawa padahal dia tahu kita bersedih..ataupun mereka membuat analisis sendiri , macam.. (buat ayat sikit)...
"wei,nape budak tu sedih? mcm nak nangis je?"
"huh budak tu,dia baru putus cinta tu,dia memang macam tu, poyo je lebih budak tu"(banyak betul tu dia),
tulah contohnya,and then..dua orang budak yang beruntung tu memerli orang yang tengah sedih,kutuk2 dia,kalau kutuk belakang x pe jugak,ni depan2..
kalau anda yang bersedih ketika itu,apa perasaan anda,rasa macam nak meraung kan?

TAPI!!!
ingatlah wahai saudara-saudaraku...
walaupun mereka tidak mengerti kita,cakap benda2 yang pelik kepada kita..
Allah tetap memahami kita,Allah akan mendengar luahan kita,dan Insya allah kita akan dapat ketenanagan jiwa
Allah mengetahui semua perkara..apa yang kita buat, apa perasaan kita..
jangan putus asa..terukan perjuangan..jangan peduli apa yang diorang cakap,pandang ke hadapan..
kalau betul2 anda putus cinta macam yang diorang cakap tu,
maka tinggalkan dia,dia x penting pun sebenarnya,lainlah kalau dah kahwin..yang belum tu,yang masih umurnya setahun jagung,jangan fikir sangat..cinta kita hanya kepada Allah..
Satu lagi..Ada kebahagiaan dari Tuhan di dalam kedukaan, maka bersyukurlah anda terhadap segala peristiwa2 yang anda hadapi..sebenarnya,masa kita bersedihlah kita akan dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan..setiap perkara mesti ada hikmahnya..

Di kesempatan ini,saya ingin meminta maaf atas keterlanjuran saya menyakitkan hati anda semua..sejujurnya,saya x suka cerita kat orang lain time saya ada masalah..saya tahu jika saya menceritakan kepada orang lain,itu hanya menyusahkan orang saja,saya lebih suka memendam perasaan tu,saya x kisah anda kasihan kpd saye ke tak..cuma time saya masam tu, janganlah bersembang pun dengan saya,satu perkataan pun saya halang,itu agak menyakitkan hati saya lagi2 kalau anda terperlli saya walaupun anda x perasan,saya akan terus tengking,maafkan saya,saya perlukan masa untuk tenangkan diri saya..

Perkara yang paling penting sangat!
Don't Judge a Book By It's Cover!

saya sangat5x sakit hati,saya boleh bersabar,tapi fikirlah perasaan orang,bukan saye je,anda pun akan sakit hati kan?saye dan anda ada perasan,maka buangla sikap ni..
Sama2 kita muhasabah diri..



P\s:ini hanya pendapat saya,klu salah,maafkan saya..

Wallahu a'lam.

Friday, March 11, 2011

Amacam Kelakar Tak??

Salam..

bacelah karangan ni..

walaupun agak panjang..tapi x jemu..agak kelakarla..klu x kelakar..buat mcm kelakar je..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Wallahu a'lam..

Wednesday, March 9, 2011

Segenggam Garam


Salam..

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.

"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya.

"Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda.

Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.



dicopy dr http://cerita-tauladan.blogspot.com/

Wallahu a'lam..