BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Tuesday, October 18, 2011

Doakan.

'kau..kau pakai je lah tudung pendek..lebih sesuai dengan kau rasenye..haha! '



*hijrah merupakan perpindahan rasulullah dari mekah ke madinah
hijrah juga bermaksud penghijrahan sikap manusia dari buruk ke baik, dan dari baik ke lebih baik..

Allah bersamaku..aku tak perlu sesiapa untuk membawaku ke arah itu.. ye, memang manusia perlu seseorang untuk support dirinya.. tapi, aku cuba untuk melepaskan beban yang terpaksa anda tanggung jika bersamaku..aku ingin berhijrah..

jangan keranaku, kaumku dipandang rendah..aku tak mahu ada yang berkata sesuatu yang akan membuatkan anda sedih dan terpinggir..

“Alah tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua orang yang tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil!”;

“ Aku tak pakai tudung labuh pun, free hair je kot, tapi aku tak adalah macam si polan tudung labuh tu. Harap tudung tu je yang besar, akhlak tak besar pun,”

aku tak nak ada yang berkata sedemikian kepada anda..

'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga' aku tak mahu menjadi nila itu, aku juga tidak berkehendak anda menjadinya..aku berharap tiada yang menjadi nila tersebut..

maafkan aku kerana tidak berperangai sepertimana pemakaianku..minta maaf.aku cuma ingin berkata, pemakainku ini bukannye untuk menutup kesalahanku, tapi untuk mencari keredhaan Allah.

Sejujurnya,banyak yang ingin ku katakan, tapi tak dizahirkan.. sukar untuk dizahirkan..biarkan ianya tersimpan dalam hatiku yang paling dalam hingga tidak ternampak oleh diriku sendiri..

Asiffu jiddan, aku ingin menjadi orang soleh, bukan mencari publisiti . doakan, aku manusia lemah, doakan aku supaya aku lebih kuat.

~Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah'~


Wallahu a'lam..





0 comments: