BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Friday, January 28, 2011

Tuisyen2!!

Salam..
kepada orang yang tuisyen ngan cikgu Anisah..
pada 5/2 ada kat rumah cikgu..
alamat die..no.6,3/72 seksyen 3 ,bbb
pukul 8.30 a.m - 12.30 p.m
klu sesat jln or anything else..
boleh tepon cikgu..013-3972103..

time kasih..
Wallahu a'lam..

Tuesday, January 18, 2011

Taubat Sahabat Nabi (Ikrimah Bin Abu Jahal)

Bismillah..



...bu Ishaw As-Ayabi’i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil menaklukkan kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!” Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: “Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?” Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?”

Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berhasil menaklukkan kota Makkah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya.”

Rasulullah SAW menjawab: “Dia akan berada dalam keadaan aman!” Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. Akhirnya dia berhasil menemukannya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!”

Ikrimah bertanya: “Apakah yang harus aku ikhlaskan?”

“Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan Allah!” Kata pengemudi kapal itu.

Ikrimah menjawab: “Tidak, jesteru aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu.”

Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW.”

Kepada isterinya Ikrimah bertanya: “Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?”

Isterinya menjawab: “Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu.”

Begitu saja mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: “Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim.”

Kepada isterinya Ikrimah berkata: “Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku.”

Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya.

Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata: “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”

Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan.”

Rasulullah SAW menjawab: “Ucapkanlah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ikrimah kembali bertanya: “Selepas itu apa lagi?” Rasulullah menjawab: “Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda bersabda: “Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya.”

Ikrimah berkata: “Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”

Maka Rasulullah SAW pun berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”

Mendengar doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: “Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun biaya yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.”

Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.

Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan: “Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!”

Ikrimah menjawab: “Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!”

Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah. Abdullah bin Mas’ud pula berkata: Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata: “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata: “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.” Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga. Amin.”

p/s:dcopy dari darulnuman.com

Wallahu a'lam..

Wednesday, November 24, 2010

Tak tau..

Assalamualaikum..

Walaupon sekarang ni dah pukul 1.oo (lebih) pagi,yakni 25 November..
saya tetap nak ucapkan sanah helwah kepada orang yang saye sayang..
tak taula sape namanya..
(hari jadi die 24 November..)
die kata dia berterima kasih kepada orang2 yang wish kat die..
die juga appreciate (betul ke ejaannya?) kepada kawan die yang kasi hadiah kat die..

p/s:saye panggil orang tu sbg 'birthday girl'..

terima kasih kepada orang pertama yang kasi hadiah.
Nur Nabilah Huda Binti Johar..

die kasi komik Detective Conan..'birthday girl' tu kate die suka sangat sebab die memang suke conan pon..x yah cakapla die punye minat tu..
kepada orang kedua kasi..

Amiera Nooriezsya Binti Izham..

die kasi gelang warna purple putih..walaupon itu bukan warna kesukaannye
birthday girl tu tetap sukekannye..nampak macam ori..cantik2
kepada orang ketiga kasi..

Nurun Najihah Binti Abd. Manaf..

dari fom 1 die kasi hadiah..
die mmg baik & kawan yang setia..
walaupun x same kelas , die layan birthday girl seperti biase..
gha kasi frame dan satu kotak yg berisi banyak kata2 hikmah..
birthday girl terharu dgn pemberiannya..

birthday girl kata die minta maaf sebab die x de gamba yg dorang kasi..
kalau ade pon bukan hampa tengok kan??~heeehee..

urm..
birthday girl nak ucapkan syukran kepada orang yang wish kat die..
x sangka ade orang ingat kat die tengah cuti sekolah ni..

orang yang wish tu..

1.Nur Rasyidah Hani Binti Roslan
2.Nidzatul Nadzifa
3.Minah Inspirasi..~Ain Athirah~

ape2 pon bebanyak terima kasih,arigato kuzaimas,gracias,syukran,thank you very much,xiexie,nandri(betul kan?)dan tak taula bahasa lain..

Birthday girl tu berharap agar semua orang mendokannya berjaya di dunia dan akhirat..




Wallahu a'lam..

Monday, November 22, 2010

Sanah Helwa!!

Assalamualaikum..

Sebelum nak taip lebih lanjut..
saya nak buat pengakuan..
saya x pandai wat cite..
x pandai wat karangan..
saye tau point je..
jadinye..pada 22 November..
saye nak ucapkang

SHELAMAT HARI JADI yang ke-17
kepada kakak den yg ke-3,anak ke-5..
Sayyidah Maryam Aiman Binti Surtahman..
seorang yg rajin wat kerje lg2 memasak..
tq atas kerajinanmu..
InsyaAllah akan saye ingat ..
hehe..

ehem2..back to the POINT..

dah meningkat usia ye anda..
hakikatnye..anda semakin tua
walauapeponn..saye doakang anda lebih bersemangat untok idop..
dang buak yang terbaik time SPM
esok weh spm nye!!
belajaq sesungguh..
nanti mak beli laptop!!(klu berjaya..^^)
~jahat x??~kalau ye x kesah ..
ape2pon GUD LUCK!!
moga anda sentiasa menjadi wanita solehah..




Wallahu a'lam..

Friday, November 12, 2010

KETAKUTAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Bismillah..

Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan hitam bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut yang maksud: "Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau kirimkan dengannya."

Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda kedukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah, apabila kelihatan semua orang merasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?" Baginda s.a.w.menjawab. "Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah s.w.t.? Kaum A'ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa bahkan pembinasaan mereka sendiri."

"Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap kelembah-lembah mereka, mereka berkata"Ini awan yang akan menurunkan hujan keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu mintaya disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang binasakan tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang derhaka."

Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH AN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan pula perasaan Baginda s.a.w. dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.

Wallahu a'lam..

Thursday, November 4, 2010

Nak sabar ke tak nak??

salam..

esok cuti..
jadi rileks siket hari ni..
no book..
huhu..

Ya Allah..Kau maafkanlah hambaMu ini..


nak cite ni..
tgh marah ni..(tu pun nak bagitau)

ko pikir ko tu baik sgt ke??
masalah betol!!siat2 muka tu baru tau..
ko jgn berani2 nak kutuk aku..
pikir aku x tau ke..
heeeeeeeeeeeeeeeee...arrggghhhh!!
tension2
baik ko insaf..
sblm aku basuh ko!
aku x hingin nak kwn ngan ko..
mcm ape je..
lupak cite dulu..
aku da jd diri aku..
ko x yah nak gedik2..
aku harap ko phm..
& tau ko lah orangnye
budak bermasalah!

heeeeeee..
saye mmg camni..
tgh2peksa ni jgnla cari masalah..

YA Allah..

p/s:maaf, ayat agak bermasalah siket..
tgh emotional