BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.....Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.....

Friday, November 2, 2012

EKSAM

Assalamualaikum dan Waalaikumussalam.


Peperiksaan. (tetibe..)


kenapa dengan peperiksaan? dia buat salah ke?
ohh. tak la..
ok, apa motif ni?

kebanyakan manusia yang saya kenal dan yang paling saya kenal, iaitu saya sendiri.. mengatakan bahawa peperiksaan itu menyusahkan, menyukarkan, menyahsenangkan dan menyahmudahkan.. betul tidak? BETUL KE TIDAK? (suka ayat tu. haha -.-) jawapannya ya, ia memang menyusahkan.. tapi sebenarnya tidak, sebab ia keperluan.

perasan tak, peperiksaan membawa kerajinan? ahha. perasan kan? cuba bayangkan.. kita takde peperiksaan.. aa, susahla cakap peperiksaan..exam la. sambung balik, takde exam..? heh~ semua orang terhuyung hayang, catch up? catch up masa kita belajar je la.. lepas habis belajar,, hilang balik.. nampak tak kat situ? nampak ape? nampak tak sia-sia kita belajar kalau takde exam.. certain orang je boleh amalkan apa yang dia belajar kalau takde exam.. kita ni.. AKU ni.. takde la nak cakap.. tapi serius la,, exam ni bagus kot.. banyak manfaat.. tak kesahla kita dapat ape.. tapi apa yang kita usaha sebelum exam.. cuma satu je la syarat kalau nak buat exam tu bermanfaat.. bukan satu, tapi dua.. simple je.. insyaAllah.. semua orang boleh buat..

first: niat kerana Allah. itu memang penting kan, semua benda kita buat kerana Allah..
second: fahamkan apa yang kita belajar, lagi bagus (memang bagus pon) kalau kita ingat apa yang cikgu ajar,   suara cikgu jangan main, kalau terngiang je, masuk qalbu, hati, liver.. semua masuk. sebab tu pentingnya kekhusyukan time cikgu ajar.. jangan lah malu2 nak bukak mata bila cikgu tengah ajar.. asyik tutup je.. dapat apa en? (pengalaman sape tah, tak tahu la~)

tu je syarat dia nak berjaya, kalau dah faham apa yang kita belajar.. itu dah cukup bagus.. exam, kalau teruk takpe, boleh ulang exam kan? heh, tapi.. kalau kehidupan kita teruk, boleh ulang ke kehidupan? lepas habis satu kehidupan kita, kita pergi ke kehidupan lain pulak.. tak boleh ulang dah..


pentingnya exam, sebab ia salah satu kaedah kita lebih memahami sekaligus mendalami pelajaran yang kita dah pelajari.. contoh, PSI.. kita amik psi fom 4 la.. ade tajuk haji kan? banyak kan tajuk dia.. and, of course lah banyak masuk exam, kita nak buat apa kalau nak dapat A psi? kita bacala semua tajuk.. termasuk haji.. tajuk tu susah nak faham kan.. kita baca dan baca kalau nak faham.. dan akhirnya..kita faham.. yey~ dan.. dan.. bila periksa, tajuk tu tak masuk.. yey~  =='
eh eh. takpela tak masuk.. kita nak apa sebenarnya. ilmu kan? kita dah faham satu ilmu.. bergembiralah. jangan sedih apa yang kita baca tu, tak masuk.. tapi sedihla kalau kita tak masuk syurga esok sebab takde ilmu..

konklusinya.. 
exam = ilmu 

katakan, saya suka exam.. ^^

di sini, saya nak ambik kesempatan kepada orang yang membaca.. (saya la tu kot)
kepada yang sudah mengambil exam, moga kalian success, especially, junior2 yang amik pmr.. dan..gud luck kepada candidates SPM and SMA . usaha, doa, tawakkal, insyaAllah berjaya.. dan ingat, Allah tak beri apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu. Akhir sekali, doakan saya dan kami.. berjaya. ^^


p/s: tajuk post: eksam = exam. -,-

Wallahu a'lam.

0 comments: